Tuesday, June 10, 2008

Saya Orang Islam Maka Apa Yang Saya Hasilkan Adalah Halal

Kenyataan ini kerapkali di buat oleh orang Islam yang mungkin kurang faham mengapa mereka perlu mendapatkan logo dan persijilan HALAL dari pihak-pihak yang berwajib.

Saya orang Islam maka sudah pasti apa-apa yang saya hasilkan atau keluarkan mestilah HALAL. Mengapa perlu saya mendapatkan persijilan HALAL ? Ini akan meningkatkan kos pengeluaran saya dan akan menaikkan harga barangan saya. Kalau ini di lakukan bagaimana barangan saya boleh bersaing dengan orang lain.


Kenyataan itu amat tepat tetapi TIDAK sepenuhnya.


Sekiranya kita membuat barangan makanan untuk ahli keluarga kita sahaja, sudah pasti produk yang di hasilkan itu HALAL mengikut perspektif kita sahaja. Ini tidak menjadi isu kerana kita lakukan yang terbaik untuk keluarga kita.


Tetapi sekiranya kita mahu jual produk kita kepada orang lain dan akan memberi pulangan kepada kita, kita perlu mendapat persetujuan atau pertimbangan pihak ketiga untuk mengesahkan bahawa barangan kita itu menepati standard dan persijilan HALAL. Ini kerana pembeli atau pelanggan kita TIDAK tahu apa yang di lakukan untuk menghasilkan produk jualan kita. Oleh itu keperluan persijilan HALAL adalah menjadi kewajiban kepada pengeluar produk.


Dalam apa-apa proses jual beli, tentunya perlu ada penjual dan pembeli dan pihak ketiga sebagai saksi penjualan yang di lakukan. Dalam hal jual beli produk atau makanan, logo HALAL daripada pihak berwajib amat perlu sebagai saksi bahawa produk atau barangan yang kita ingin jual sudah melepasi standard dan layak mendapatkan logo Halal.


Sebagai orang Islam, isu makanan HALAL bukan sesuatu yang boleh di ambil mudah kerana makanan yang kita ambil itu akan menjadi darah daging serta menentukan perjalanan darah dalam tubuh kita. Kalau ianya tidak HALAL, sudah pasti kita tidak akan mendapat melaksanakan tanggungjawab kita sebagai orang yang beriman dengan sempurna dan bakal memberi kesan kepada anak cucu kita sendiri.


Oleh itu kita mesti mendapatkan persijilan HALAL dari pihak berwajib sahaja untuk memastikan produk atau barangan kita itu benar-benar HALAL dan TOYYIB iaitu bersih, suci dan berkualiti sebelum kita boleh memberi orang lain makanan itu. Ini adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai orang Islam kepada agama, bangsa dan negara.


drnor (11/06/08)

No comments: