Thursday, June 12, 2008

KHUTBAH JUMAAT MENGENAI HALAL

Artikel Khutbah Jumaat yang di hasilkan oleh Ustaz Raja Alias mengenai halal untuk renungan bersama.




اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِل: فَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللهُ حَلاَلاً طَيِّبًا وَاشْكُرُوْا نِعْمَتَ اللهِ اِنْ كُنْتُمْ اِيَّاهُ تَعْبُدُوْنَ, أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْـكَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى هَذَا النَّبِى الكَرِيْم سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. أَمَّا بَعْدُ , فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اِتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَاِيَّاىَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

سيدغ جمعة يغ درحمتي الله

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

ماريله كيت سام2 برتقوى كفد الله دغن مماتوهي سضل فرينته دان اجارانث كران صفة مؤمين ايت سنتياس ممفستيكن كإيمانن دان كتقوان كفد الله دري هاري كهاري منيغكت دان براوسها فولا انتوق منجأوهكن كمنكران دان سضل لاراغنث دغن سفنوه هاتي.

Marilah kita sama-sama bertakwa kepada Allah dengan mematuhi segala perintahnya dan ajarannya kerana sifat mukmin itu sentiasa memastikan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah dari hari kehari meningkat dan berusaha pula untuk menjauhkan kemungkaran dan segala larangan dengan sepenuh hati.


اومة اسلام دتنتوت مغيكوت شريغة اسلام يغ تله مغاتور كهيدوفن مأنسي ددنيا اين دغن لغكف دان سمفرن. ساله ساتو فركارا يغ ساغت فنتيغ يغ دتكنكن دالم شريعة اسلام اياله مغنأي فريسيف حلال.

Umat Islam dituntut mengikut Syariat Islam yang telah mengatur kehidupan manusia di dunia ini dengan lengkap dan sempurna. Salah satu perkara yang sangat penting yang ditekankan dalam syariat Islam ialah mengenai prinsip halal.

فرينسيف حلال اين سخارا عمومث مليبتكن دوا فركارا. فرتامث بضيمان سوات بندا يغ دفراوليهى. كدواث ذات اتو بارغن ايت سنديري حلال اتو سباليقث دري سضي شريعة.
Prinsip halal ini secara umumnya melibatkan dua perkara. Pertamanya bagaimana sesuatu benda yang diprolehi. Keduanya zat atau barangan itu sendiri halal atau sebaliknya dari segi syariah.



خطبة جمعة فد هاري اين, منومفوكن كفد اسفيق مكانن دان بارغن ضونأن اومة
اسلام يغ دفرلوكن فد ستيف هاري.
شريعة اسلام تله منتفكن سفاي ستيف فغانوتث مماكن مكانن حلال سهاج.

Khutbah Jumaat pada hari ini, menumpukan kepada aspek makanan dan barangan gunaan umat Islam yang diperlukan setiap hari. Syariah Islam telah menetapkan supaya setiap penganutnya memakan makanan halal sahaja.


فرمان الله سبحانه وتعالى :
(سورة البقرة اية 168)


مقصودث,
واهي سكلين مأنسي ماكنله دري اف يغ اد دبومي يغ حلال لاضي بأيك دان جاغنله كامو ايكوت ججق لغكه شيطان, كران سسغضوهث شيطان ايت اداله موسه يغ ترغ ثات باضي كامو.


Maksudnya:
Wahai sekelian manusia makanlah dari apa yang ada dibumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang terang nyata bagi kamu.

(surah Al-Baqorah Ayat 168 )

سيدغ جمعة يغ دحرماتي ,

الله ممرينته اومة اسلام سفاي ماكن درفد رزقي يغ حلال يغ الله كرنياكن كفد همباث دموكا بومي اين , اد ممفوثأي حكمة يغ ترسنديري , يأيت فري فنتيغث مكانن حلال يغ امت بأيك انتوق فيزيكل دان كصيحاتنث ديري مأنسى. سضل فرينتة الله ايت اداله انتوق كبأيقكن كفد ديري مأنسى ايت سنديري دان بوكنث انتوق ممضرتكن ديري دان كصحاتن مأنسي. اوليه سبب ايت اسلام مننتوت اومتث منخاري رزقي يغ حلال .

Sidang Jumaat yang dihormati,

Allah memerintahkan umat Islam supaya makan daripada daripada rezeki yang halal yang Allah kurniakan kepada hambanya dimuka bumi ini. Ada mempunyai hikmah yang tersendiri, iaitu peri pentingnya makanan halal yang amat baik untuk fizikal dan kesihatan diri manusia. Segala perintah Allah itu adalah untuk kebaikan kepada diri manusia itu sendiri dan buktinya merehatkan diri dan kesihatan manusia. Oleh sebab itu Islam menuntut umatnya mencari rezeki yang halal.

سبدا نبى صلى الله عليه وسلم ,

طَلَبُ الحَلاَلِ فَرِيْضَةٌ بَعْدَ الفَرِيْضَةِ.

(رواه الطبرانى)

مقصودث ,
منخاري رزقى يغ حلال اداله ساتو كفرضوان سلفس كفرضوان يغ لأين .

(رواه الطبرانى)
Maksudnya:

Mencari rezeki yang halal adalah satu kefarduan selepas kefarduan yang lain.

(Riwayat At-Thobrani)



اومة اسلام يغ مماكن رزقى حلال دري سومبر يغ حلال اكن ترجامين كسجهترأن اينتيتوسي كلوارضاث. اين كران مكانن اتو رزقى يغ دفراوليهى دغن خارا يغ بتول مغيكوت شريعة دغن تيدق منيفو, مثليويغ, ملاكوكن رسواه دان سباضيث اكن دافت ملاهيركن كاوارضا يغ امان دان بهاضيا.

Umat Islam yang memakan rezeki yang halal akan terjamin kesejahteraan intitusi kekeluargaannya. Ini kerana makanan atau rezeki yang diperolehi dengan cara yang betul mengikut syariah dengan tidak menipu, menyeleweng, melakukan rasuah dan sebagainya akan dapat melahirkan keluarga yang aman dan bahagia.

سيدغ جمعة يغ دحرمتى,
برداسركن سومبر ترسبوت , اومة اسلام ممفوثأي فيليهن مكانن حلال يغ ساغت بايق دان لواس , ممندغكن رات2 فغلوار فرودوق مكانن تراوتامث , باثق برضنتوغ كفد باهن لوار درفد فغلوار لوار نضارا دان فغأوسهاث فولا ترديري درفد بوكن فغأوسها بوكن اسلام, مك فهيق فمرينته ملالؤي جاكيم دان جأين (JAIN) تله ممفركنلكن كفد اومة اسلام دمليسيا ساتو سيستم فنسيجيلن حلال مليسيا.

Sidang Jumaat yang dihormati,

Berdasarkan sumber tersebut, umat Islam mempunyai pilihan makanan halal yang sangat banyak dan luas, memandangkan rata-rata pengeluar produk makanan halal terutamanya , banyak bergantung kepada bahan luar daripada pengeluar luar negara dan pengusahanya pula terdiri dari bukan pengusaha Islam, maka pihak pemerintah di Malaysia melalui JAKIM dan dan JAIN telah memperkenalkan kepada kepada umat Islam di Malaysia satu sistem pensijilan halal Malaysia.

تجوان سيستم فنسيجيلن حلال اين , اياله انتوق ممبري سيجيل دان لوضو حلال كفد فرودوق دان فريميس يغ دصحكن حلال دري سضي راموان مكانن ترسبوت دان فغندالين فروسيس سسوات فرودوق سبلوم دجوال دفاسران. سلفس فغلوار فرودوق مندافت سيجيل حلال, ساتو لوضو حلال جاكيم اتو جأين اكن دضوناكن دأتس بوغكوسن سسوات فرودوق. اين مروفاكن ساتو فثلسايان كفد فغضونا مسلم خصوصث دنضارا اين كتيك ممبلي فرودوق مكانن دان بارغن ضونأن يغ دصحكن حلال سهاج يغ دفاسركن دفاسران.

Tujuan sistem pensijilan ini, ialah untuk memberi sijil dan logo halal kepada produk dan premis yang disahkan halal dari segi ramuan makanan tersebut dan pengendalian proses sesuatu produk sebelum dijual di pasaran. Selepas pengeluar produk mendapat sijil halal, satu logo halal JAKIM dan JAIN akan digunakan di atas bungkusan sesuatu produk. Ini merupakan satu penyelesaian kepada pengguna Muslim khususnya dinegara ini ketika membeli produk makanan dan barang gunaan yang disahkan halal sahaja yang dipasarkan dipasaran.

دسمفيغ ايت, انتوق ممبري كموداهن كفد مان2 فغأوسها تمفاتن , اضر دافت مماسركن بارغن حلال مريك دغن ميقينكن مشاركة اسلام سباضي فغضونا فرودوق مكانن دان بارغن كونأن لبيه2 لاضي دالم سواسان كهيدوفن مشاركة مجموع دنضارا اين .

Disamping itu, untuk memberi kemudahan kepada mana-mana pengusaha tempatan , agar dapat memasarkan barangan halal mereka dengan menyakinkan masyarakat Islam sebagai penguna produk makanan dan barang gunaan lebih-lebih lagi dalam suasana kehidupan masyarakat majmuk di negara ini.

سيدغ جمعة يغ بربهضيا ,

تجوان شرع مواجبكن كيت مغمبيل دان مغضونا بارغن حلال سهاج اداله سمات2 انتوق ملاهيركن فريبادي مأنسى يغ صيحة مينتل , جيوا دان خرضس فيزيكلث.
اين اداله كران ستيف ساريفاتي مكانن يغ دامبيل اوليه سسئورغ ايت بوليه ممفغاروهي فمباغونن فيزيكل دان كصيحاتن سسئورغ سرت بوليه مندوروغ سسئورغ ايت ملاكوكن سسوات فركارا مغيكوت سومبر مكانن يغ دامبيل. مك سوده تنتوله مماكن سوات يغ حلال دان بركواليتي بوليه مندوروغ سسئورغ ايت ملاكوكن كبأيقكن دان سباليقث جك سسئورغ ايت مغمبيل سسوات يغ حرام , بوله مندوروغ كفد ملاكوكن كجاهتن.
Sidang Jumaat yang berbahagia,

Tujuan syarak mewajibkan kita mengambil dan mengunakan barangan halal sahaja adalah semata-mata untuk melahirkan peribadi manusia yang sihat mental, jiwa dan fizikal. Ini adalah kerana setiap saripati makanan yang diambil oleh seseorang itu boleh mempengaruhi pembangunan fizikal dan kesihatan seseorang serta boleh mendorong seseorang itu melakukan sesuatu perkara mengikut sumber makanan yang diambil. Maka sudah tentulah memakan sesuatu yang halal dan berkualiti boleh mendorong seseorang itu melakukan kebaikan dan sebaliknya jika seseorang itu mengambil sesuatu yang haram, boleh mendorong kepada melakukan kejahatan.


سهوبوغن دغن ايت, اومة اسلام دنضارا كيت اين فرلوله مربوت فلواغ يغ دسدياكن اوليه كراجأن يغ امت فريهاتين دغن تونتوتن شريعة اسلام اين, دغن مغورق لغكه موجودكن ايندستري2 فرودوق مكانن حلال سباثق موغكين دفاسران يغ بوليه دمنفعتكن اوليه اومة اسلام ددالم نضري دان لوار نضارا. اين كران منجادي تغضوغجواب فرضو كفايه كيت سباضي اورغ اسلام اونتوق ملقسناكنث دان اكن بردوسا سكيراث كيت تيدق ملقسناكنث.

Sehubungan dengan itu, umat Islam di negara kita ini perlulah merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan yang amat perihatin dengan tuntutan syariah islam ini, dengan mengorak langkah dengan memajukan industri-industri produk halal ini dengan sebanyak mungkin di pasaran yang boleh dimanfaatkan oleh umat Islam di dalam negeri atau di luar negara. Ini kerana menjadi tanggungjawab fardu kifayah kita sebagai orang Islam untuk melaksanakan dan akan berdosa sekiranya kita tidak melaksanakan.

جوسترو ايت, كيت سباضي اومة اسلام فرلو سدر دان إنصاف بهوا كيت ماسيه كتيغضالن دبلاكغ دالم إيندستري فرودوق دان بارغ ضونأن. اوليه ايت ماريله كيت سام2 براوسها برسوغضوه2 اونتوق مرياليساسيكن حسرت اين باضي منيغكتكن أيكونومي نضارا كيت دان سخارا لغسوغ اومة اسلام اكن دافت مغواسأي أيكونومي دفاسران دان برسأيغ دفريغكت انتارابغسا.

Jesteru itu, kita sebagai umat Islam perlu sedar dan insaf bahawa kita masih ketinggalan di belakang industri produk dan barang gunaan, Oleh itu marilah kita sama-sama berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan hasrat ini bagi meningkatkan ekonomi negara kita dan secara langsung umat Islam akan dapat menguasai ekonomi di pasaran dan bersaing diperingkat antarabangsa.

سخارا ريغكسث كيت دافت مروموسكن, بهوا فري فنتيغث اومة اسلام دنضارا كيت اين مغحاصيلكن برباضي2 فرودوق باراغن دان مماكن مكانن حلال لاضي بركواليتي يغ دافت دحاصيلكن سنديري اوليه اومة اسلام دان دافت دممنفعتكن اوليه سلوروه فندودوق دنضارا اين. دغن سنديريث اوسها سفرتي اين اكن دافت منجامين باضي ممبنتوق فريبادي اومة يغ كوكوه دان منتف جاتي ديرين دان كخمرلغن اسلام دان اومتث اكن ترسرله دمات دنيا.

Secara ringkasnya kita dapat merumuskan, bahawa peri pentingnya umat Islam di negara kita ini menghasilkan berbagai-bagai produk barangan dan memakan makanan halal lagi berkualiti yang dapat dihasilkan sendiri oleh umat Islam dan dapat dimanfaatkan oleh seluruh penduduk di negara ini. Dengan sendiri usaha seperti ini akan dapat menjamin bagi membentuk peribadi umat yang kukuh dan mantap jati dirinya dan kegemilangan Islam dan umatnya akan terserlah di mata dunia.

اوله ايت, ماريله كيت برسام2 سباضي فغضونا, مغوبه ديري كيت سنديري دان اهلي كلوارضا كيت سموا, اونتوق مميليه فرودوق مكانن حلال دان بارغ ضونأن يغ دفستيكن كسوخين دان حلال ترلبيه دهولو سبلوم دماكن دان دضوناكن. اوليه ايت, كيت سباضي فغضونا هندقله مميليه لوضو حلال يغ دكلواركن اوليه فيهق بركواس اضام. سكيراث كيت سباضي فغضونا مراس راضو2 ترهادف فرودوق مكانن دان بارغن يغ دجوال دفاسران بوليهله ممبوات ادوان كفد جاكيم دان جأين باضي ممستيكن فرودوق يغ دجوال بنر2 حلال اونتوق دماكن اتو دضوناكن. دافتكن معلومت يغ بتول دان صحيح مغنأي فرودوق مكانن حلال دري سومبر يغ براوتوريتي سهاج. اين باضي ممستيكن اومة اسلام مماكن مكانن حلال سهاج يغ بوليه منجامين كلغسوغن هيدوف جنراسي يغ اكن داتغ.

Oleh itu marilah kita bersama-sama sebagai pengguna, mengubah diri kita sendiri dan ahli keluarga kita semua, untuk memilih produk makanan halal dan barang gunaan yang dipastikan kesucian dan halal terlebih dahulu sebelum dimakan dan digunakan. Oleh itu, kita sebagai pengguna hendaklah memilih logo halal yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama. Sekiranya kita sebagai pengguna merasa ragu-ragu terhadap produk makanan dan barang yang dijual di pasaran bolehlah membuat aduan kepada JAKIM dan JAIN bagi memastikan produk yang dijual benar-benar halal untuk dimakan atau digunakan. Dapatkan maklumat yang betul dan sahih mengenai produk makanan halal dari sumber yang berautoriti sahaja. Ini bagi memastikan umat Islam memakan makanan halal sahaja yang boleh menjamin kelangsungan hidup generasi yang akan datang.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِىْ القُرْءَانِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِىْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ، إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيمٌ. أَقُوْلُ قَوْلِىْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْن وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.

No comments: