Firman Allah Taala yang bermaksud:
" Hai segala manusia..! Makanlah segala yang halal dan baik-baik dari apa-apa yang di bumi
dan janganlah kamu menjejaki syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata
bagi kamu." (Surah al-Baqarah, ayat 168)
" Hai orang-orang yang beriman...! Makanlah olehmu segala yang baik-baik dari apa-apa
yang telah Kami berikan kepada mu, serta bersyukurlah kepada Allah kalau kamu betul-betul
menyembah kepada-nya. Allah hanya mengharamkan kepada mu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih bukan kerana Allah. Maka barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melampaui batas, maka tidaklah berdosa baginya, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun and Maha Penyayang."
(Surah al-Baqarah, ayat 172-173)
" Katakanlah...! Aku tidak menemukan tentang sesuatu yang telah di wahyukan kepadaku
berkenaan dengan makanan yang di haramkan, melainkan bangkai, darah yang mengalir,
atau daging babi, kerana sesungguhnya ia itu kotor (rijs), atau binatang yang di sembelih
bukan kerana Allah. Maka barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja
atau tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang."
(Surah al-An'am, ayat 145)
" Telah di haramkan atas kamu bangkai, darah, daging babi, binatang yang di sembelih bukan kerana Allah, binatang yang (mati) kerana di cekik, binatang yang (mati) kerana di pukul,
binatang yang (mati) kerana jatuh dari atas, binatang yang (mati) kerana di tanduk, binatang yang (mati) kerana dimakan oleh binatang buas, kecuali yang dapat kamu sembelih dan
binatang yang disembelih untuk berhala."
(Surah al-Maidah, ayat 3)
2. Penjelasan Mengenai Perkara-perkara Yang Di Haramkan
(1) Diharamkan Bangkai Binatang dan Hikmahnya
Allah Taala telah mengatakan bahawa bangkai binatang (yang halal di makan) itu adalah haram. Maksud bangkai adalah binatang yang mati dengan sendirinya tanpa di sembelih mengikut syariat Islam atau kerana beburu atau kemalangan.
Hikmah pengharaman bangkai adalah kerana:
(i) naluri manusia yang sihat sudah pasti tidak akan memakan bangkai yang di anggapkan sebagai kotor. Memakan bangkai adalah sesuatu perbuatan yang hina dan boleh menurunkan martabat manusia.
(ii) Setiap muslim mesti membiasakan dirinya untuk memantapkan niat dalam segala perbuatan yang di lakukan, saperti sembahyang, makan minum atau melakukan apa-apa pekerjaan bagi memastikan dia faham mengenai niat, tujuan dan usaha untuk mencapai maksudnya. Berdasarkan pengertian, seakan-akan Allah Taala tidak rela kepada seseorang untuk makan sesuatu yang di capai tanpa tujuan and berfikir terlebih dahulu, sebagaimana halnya makan bangkai. Berbeza dengan binatang yang di sembelih dan yang diburu, bahawa kedua-duanya itu tidak dapat di capai melainkan dengan tujuan, niat, usaha dan perbuatan.
(iii) Binatang yang niat dengan sendirinya tentulah dengan sesuatu sebab, mungkin kerana penyakit atau termakan tumbuhan beracun dan sebagainya yang tidak dapat di jamin kebaikannya dan di dapat di pastikan ianya membahayakan kesihatan orang yang memakannya.
(iv) Allah Taala mengharamkan bangkai kepada umat manusia, bererti Dia telah memberi kesempatan bagi kita untuk memakan haiwan atau burung sebagai tanda kasih sayang-Nya kepada binatang atau burung tersebut yang menrupakan makhluk Allah jua.
(v) Supaya manusia sentaisa memberi perhatian kepada binatang-binatang yang di miliki dan tidak membiarkan bagitu sahaja sehinggan di jangkiti penyakit dan mati bagitu saja.
(3) Islam Mengharamkan Darah Yang Mengalir
Makanan kedua yang diharamkan adalah darah yang mengalir. Rahsia di haramkan darah yang mengalir kerana darah itu kotor dan tidak mungkin jiwa manusia yang bersih akan suka kepadanya. Bahkan di yakini akan menimbulkan penyakit atau bahaya kepada sesiapa yang memakannya.
(4) Daging Babi Adalah Haram dan Najis
Naluri manusia yang sihat, waras dan baik sudah pasti tidak akan menyukai babi kerana kesemua makanan babi adalah terdiri daripada benda-benda kotor dan najis. Daging babi juga di dapati mempunyai cacing pita yang boleh hidup dalam tempoh yang lama dalam daging dan mampu membiak didalam otak manusia yang akan menyebabkan kematian.
Firman Allah Taala
" Dan Allah mengharamkan atas mereka segala yang kotor-kotor"
(Surah al-A'raf, ayat 157)
(5) Haiwan Yang Disembelih Bukan Kerana Allah
Haiwan-haiwan yang telah di sembelih dengan menyebut selain nama Allah, saperti nama berhala dan seumpamanya atau tidak menyebut nama Allah. Allah yang menjadikan manusia, yang menyerahkan semua di bumi ini kepada manusia dan yang menjinakkan binatang untuk manusia, telah memberi perkenan kepada manusia untuk mengalirkan darah binatang tersebut bagi memenuhi kepentingan manusia dengan menyebut asma'-Nya ketika menyembelih haiwan. Dengan demekian, menyebut nama Allah ketika itu bererti suatu pemberitahuan, bahawa Dialah yang menjadikan binatang hidup dan Dia juga memberi keizinan untuk menyembelihnya.
(6) Al-Munkhaniqah
Binatang yang mati kerana di cekik, samada dengan cara menghimpit leher binatang tersebut atau meletakkan binatang itu pada sesuatu tempat sempit dan sebagainya, sehingga binatang itu mati.
(7) Al-Mauqudzah
Binatang yang mati kerana di pukul dengan benda keras dan seumpananya.
(8) Al-Mutaraddiyah
Binatang yang mati kerana terjatuh daripada tempat yang tinggi sehingga mati.
(9) Al-Nathihah
Binatang yang mati akibat berkelahi atau bergaduh antara satu dengan yang lain.
(10) Ma Akal al-Sabu'
Binatang yang mati kerana di terkam atau di serang binatang buas, kemudian di makanya sebahagian daging binatang tersebut.
Firman Allah Taala yang bermaksud
"Kecuali binatang yang sembelih"
Sebahagian ahli fiqh mengatakan, bahawa binatang yang masih boleh disembelih jika ia masih ada sisa umur, diantara tanda-tandanya darahnya masih mengalir, kaki dan mata masih bergerak.
(11) Haiwan Yang Disembelih Untuk Berhala
Binatang yang di sembelih bukan kerana Allah tetapi untuk patung dan berhala.
(12) Haiwan-haiwan Yang Tidak Boleh Dimakan
Selain daripada bangkai, darah dan daging babi terdapat beberapa jenis binatang yang diharamkan berdasarkan Sabda Rasullulah s.a.w.
"Nabi s.a.w. melarang memakan binatang yang bertaring dari jenis binatang buas"
(Diriwayatkan oleh Muslim)
"Setiap binatang yang mempunyai taring dari jenis binatang buas, adalah haram di makan"
(Diriwayatkan oleh Muslim)
"Rasulullah s.a.w. melarang memakan setiap binatang yang bertaring dari jenis
binatang buas, dan setiap jenis burung yang mempunyai kuku yang mencengkam"
(Diriwayatkan oleh Muslim)
(13) Memanfaatkan Kulit, Tulang dan Rambut Bangkai
Keharaman bangkai adalah haram untuk memakannya. Manakala memanfatkan kulit, tanduk, tulang, atau rambutnya tidaklah terlarang, bahkan perbuatan itu di pandang sebagai perbuatan terpuji kerana barang-barang tersebut masih boleh di gunakan lagi. Oleh kerana itu,ianya tidak boleh di sia-siakan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
"Mengapa tidak kamu ambil kulitnya, kemudian kamu samak dan memanfaatnya..?
Para sahabat menjawab: "Sesungguhnya ia sudah menjadi bangkai...! Maka Rasulullah
s.a.w. menjawab: "yang diharamkan itu hanyalah memakannya."
(Diriwayatkan oleh Jama'ah ahli hadis kecuali ibnu Majah)
"Menyamak kulit bangkai itu bererti menyembelihnya"
(Diriwayatkan oleh Abu Daud dan an-Nasai)
"Menyamak kulit bangkai itu dapat menghilangkan kotoranya"
(Diriwayatkan oleh al-Hakim)
"Setiap kulit yang sudah di samak, maka sesungguhnya ianya telah suci"
(Diriwayatkan oleh Muslim)
"Kami mempunyai kambing, kemudian kambing itu mati, lantas kami samak kulitnya
dan kami pakai untuk menyimpan kurma supaya menjadi manis, dan akhirnya kami
jadikan suatu ghirbah (suatu tempat yang diperbuat dari kulit binatang yang biasa
di pakai oleh orang Arab zaman dahulu untuk mengambil air dan sebagainya"
(Diriwayatkan oleh Bukhari)
(14) Hukum Memakan Sembelihan Ahli Kitab
Syariat Islam amat memperhatikan masaalah penyembelihan haiwan ini, kerana padanya terletak halal dan haramnya haiwan yang di sembelih tersebut. Malahan orang-orang musyrikin Makkah dan pengikut-pengikut agama lain memasukkan masaalah penyembelihan ini kedalam kategori ibadah.
Firman Allah Taala yang bermaksud;
"Pada hari ini dihalalkan untuk kamu yang baik-baik dan dihalalkan juga makanan
orang-orang yang pernah diberikan al-kitab(ahli kitab),dan makananmu pun halal
bagi mereka"
(Surah al-Maidah, ayat 5)
(15) Khamar atau Arak
Khamar adalah bahan yang mengandungi alkohol dan memabukkan.
Firman Allah Taala yang bermaksud;
"Hai orang-orang yang beriman...! Sesungguhnya arak, judi, berhala dan undian itu
amat keji daripada perbuatan syaitan. Oleh kerana itu jauhilah dia supaya kamu
bahagia. Syaitan hanya maksud untuk mendatangkan pemusuhan dan kebencian
diantara kamu disebabkan khamar dan judi, serta menghalang kamu daripada
mengingati Allah dan menunaikan solat. Apakah kamu tidak mahu menghentikannya ?
(Surah al-Maidah, ayat 90-91)
(16) Hukum Berubat Dengan Benda Haram
Ulama' fiqh berbeza pendapat mengenai hukum berubat dengan benda yang haram kerana darurat. Diantara mereka ada yang mengatakan bahawa berubat itu tidak di pandang darurat yang sangat mendesak sebagaimana hal makan, berdasarkan Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
"Sesungguhnya Allah Taala tidak menjadikan penyembuh kamu (ubat) dengan
sesuatu yang diharamkan keatas kamu"
(Diriwayatkan oleh Bukhari)
Penggunaan benda-benda haram untuk perubatan mesti mengikut syarat-syarat berikut:
a) Nyawa manusia itu akan terancam jika ubat dia tidak berubat
b) Tidak di temui ubat lain selain daripada ubat yang haram itu
c) Adanya pengakuan daripada seorang doktor muslim yang boleh di percayai,
baik pemeriksaan, kepakaran mahupun agamanya.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Sesungguhnya arak itu bukan ubat, tetapi penyakit"
(Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud dan at-Turmudzi)
" Sesungguhnya Allah Taala telah menurunkan penyakit dan ubatnya dan
menjadikan setiap penyakit itu ada ubatnya. Oleh yang demekian, maka
janganlah kamu berubat dengan yang haram"
(Diriwayatkan oleh Abu Daud)
Firman Allah Taala yang bermaksud:
"Barangsiapa yang terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak pula melampaui
batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
(Surah al-An'am ayat 145)
Sekian. Wallahualam.
27 Rejab 1429H.
No comments:
Post a Comment